Thursday, January 1, 2009

Salam Tahun Baru x2


Salam sahabat xajkk1 yang sentiasa dalam ingatan..

cewah mcm karangan surat UPSR je..

di kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga yang rajin bekerja utk xajkk1 mengucapkan Double Selamat Tahun Baru kepada semua sahabat xajkk1 yg berada di seluruh dunia dan juga pengunjung2 blog ini..

semoga semuanya diberikan kemurahan rezeki, kesihatan, kebahagiaan dan segala kebaikan rahmat dan berkatNya.. dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yg lepas..

dan tahun 1430 / 2009 ini akan menyaksikan pertemuan semula xajkk1 dalam reunion kali ke-4 pada 24-25 Januari ini insyaAllah.. semoga pertemuan ini menjadi tali pengukuh lagi persahabatan kita yang mencecah usia 11 tahun ini..

kepada yang dah confirm atau mahu confirmkan kehadiran harap dapat berbuat demikian sebelum 10 Januari 2009 utk memudahkan urusan penempahan tiket feri, hotel, transportation.. harap dapat beri kerjasama sebaiknya ya..

terima kasih daun keladi.. kita jumpa di langkawi.. ehehe..

No comments: