Friday, November 21, 2008

jerneh tiling..

salam..

kali ni saya kongsikan kisah kejayaan salah seorang sahabat kita yg pernah menempa populariti yg dahsyat semasa di kolej pertama.. yaaaa tak lain dan tak bukannnn.. Khalifahhhh.. hehehe..

utk sahabat yg belum tau.. khalifah @ ipah kini memiliki 4 buah kedai mosaic yg diberi nama Jerneh Tiling.. saya berkesempatan pegi menjenguk kedai pertamanya di Paka, Terengganu..




hebat2.. syabas diucapkan kpd ipah kerana sudah sampai ke tahap ini..

ada ramai lagi sebenarnya rakan2 xajkk1 yg menceburi bidang bisnes.. mcm2 bidang ada.. makanan, agro, ict, dan banyak lagilah..

kepada sahabat2 yg lain.. apa yg dipaparkan kali ini adalah sebagai pencetus semangat utk kita semua terus berjaya.. jika anda mahu jadi usahawan, jadilah usahawan yg terbaik.. jika anda mahu jadi pekerja, jadilah pekerja yg terbaik..

apa pun bidang kerjaya kita, pastinya membawa kebaikan kepada seluruh umat.. jadi, sebab itu kita perlu jadi yang terbaik dalam apa saja benda baik yang kita lakukan..

renung2kan dan selamat beramal..!!

Wednesday, November 19, 2008

majlis perkahwinan MT AJKK1

hehehe..

bleh tajuk tu? ok la tu kan..

kepada yg masih belum tahu berita gembira ni.. diumumkan bahawa pasangan Teman Tapi Mesra paling top dalam xAJKK1 akan melangsungkan pernikahan mereka pada 29 Nov 2008.. dan majlis-majlis persandingannya adalah seperti berikut:

KAD JEMPUTAN PASANGAN TEMAN TAPI MESRA

dashat.. dashat.. pakai e-Kad kawin je skrg ni.. mesra, cepat dan betul.. eh.. eh.. salah slogan pulak..

jadi, sapa2 yg nak berkonvoi tu dah boleh mulakan pakatan sekarang.. tinggal 2 minggu je lagi ni..

SELAMAT PENGANTIN BARU ANUAR & ZURITA!

Tuesday, November 18, 2008

al-kesah Reunion..

salam..

haa.. senyap sunyi aje blog ni..

tapi tak bermakna Reunion IV kita tak jadi tau.. utk makluman semua, pihak ajk Reunion kali ni sedang menjalankan tugas masing2.. insyaAllah yuran penyertaan akan diumumkan sedikit masa lagi..

pihak ajk Reunion memerlukan kerjasama dari sahabat2 semua.. supaya dapat mengkonpemkan kehadiran anda ke Reunion kali ini..

jadi, sesiapa yang akan hadir sila berikan butir2 berikut di ruangan Comment dalam posting ini..
  • nama anda
  • spouse anda
  • jumlah anak anda
  • jumlah dan usia ahli keluarga lain / tunang / kawan (jika ada)
  • bertolak dari destinasi mana
kerjasama anda amaaaaaaat kami harapkan untuk memudahkan urusan penempahan penginapan dan sewa kenderaan nanti.. okeyyy..

kami akan menempah kenderaan sewa utk semua yg menyertai reunion KECUALI jika anda mahu sewa sendiri, sila buat tempahan sendiri ya..

adiozz!!