Saturday, October 25, 2008

poll closed

salam semua..

haa nampaknye poll utk lokasi reunion dah pun ditutup.. dengan 11 undi dan majoriti memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi reunion kita kali ini..

jadi.. kini kita tunggu aje kabar berita dari utara tentang perkembangan reunion yg selanjutnya.. harap2 takdelah masalah yg timbul dan ramai yg boleh hadir kali ni..

dengar cerita, inspektor apai keluar dalam citer akademi polis.. betul ke? hehe..

p.s: sesiapa yg masih belum join xajkk1 yahoo! groups dan facebook silalah berbuat demikian segera utk mendapatkan update terkini ttg geng xajkk1.. sila email pada xajkk1@gmail.com atau tinggalkan mesej pada shoutbox di blog ini okey..

Thursday, October 16, 2008

cerita ceriti

hai kawan kawaaannn..

nampaknye sambutan terhadap aktiviti xajkk1 di blog dan facebook dah semakin meriah.. bagus2.. yg dah join tu, sebar2kan la kat kawan yg tak dapat maklumat ni ye.. maklumlah, database kami x cukup complete lagi ni.. itulah kepentingan networking..

utk rakan2 yg belum pernah lagi join reunion xajkk1, kami mengharapkan kerjasama sepenuhnya supaya dapat meramaikan kehadiran kali ni.. tak kira dari batch mana sekali pun.. kita sekeluarga..

pihak organizer kali ni telah memikirkan pelbagai cara utk memudahkan dan meringankan beban anda supaya dpt join reunion.. maklumlah, selepas 3 reunion yg lalu, mereka dapat pelbagai feedback drp kawan2 yg tak dapat hadir.. antara yg paling top list ialah masalah cuti kerja, kewangan, transport..

oleh kerana itulah organizer kali ni (cawangan utara) memberikan kemudahan bayaran yuran secara ansuran, supaya tidak membebankan kawan2 yg nak hadir.. boleh bayar setiap minggu, setiap bulan.. setiap hari pun bolehlah..

xajkk1 cawangan tengah pun sedang menimbang2 utk charter sebuah bas utk perjalanan ke kuala perlis.. diharapkan ia lebih menjimatkan dan kuranglah penat utk memandu sendiri..

mcm reunion III last year pun, cawangan utara datang dgn sebuah kenderaan je.. dan cawangan tengah pun berkongsi2 kereta jugak.. kan mudah.. dan lebih syok sbb dapat bersembang2 sepanjang perjalanan..

kami nak beri penghargaan kepada yuswadi.. kerana bersungguh2 nak join reunion.. utk makluman kpd yg tak tahu, yuswadi skrg dah pun berkeluarga dan dikurniakan 3 orang cahayamata.. alhamdulillah, murah rezki yus.. jadi kami tabik dgn yus kerana walaupun sudah ada keluarga yg besar (dan pastinye lebih byk belanja drp org lain).. tp masih bersungguh2 utk dtg reunion.. syabash mere beteee..!!

kami percaya, niat yg baik tu insyaAllah, Allah akan bantu kita.. niat kita datang ke reunion adalah utk bertemu dgn sahabat2 lama.. mengukuhkan ukhuwah dan silaturrahim sesama kita..

dari itu, kami berdoa agar semua sahabat xajkk1 dipermudahkan urusan dari segi memohon cuti kerja, kewangan dan juga transport.. dan semoga diberikan kesihatan kepada diri, keluarga dan anak2.. aminn..

p.s: pihak organizer sedang bertungkus-lumus mendapatkan rate paling murah dan berpatutan utk reunion kali ni.. kalo ada geng2 yg ada maklumat pun bleh jugak inform pd kami di groups, facebook, friendster ataupun shoutbox di sebelah ni.. atau terus je join perbincangan bertajuk Re Union di facebook kita.. okay..

ciaoo..

Wednesday, October 15, 2008

vote.. vote..

hari ni, vote dibuka kpd smua geng xajkk1 utk menentukan lokasi reunion kita kali ni..

walaupun semalam dah diumumkan lokasinya di langkawi, tapi atas sebab2 menghormati cadangan salah sorg antara kita yang menawarkan lokasi di pulau perhentian, maka vote ini diwujudkan..

kepada yg dah mengundi, terima kasih.. yg belum tu silalah buat undian di sebelah ni.. oopss.. sorang boleh undi sekali sahaja ok.. hehe..

apa pun yg penting tujuan kita adalah utk bertemu dan mengukuhkan persahabatan ni.. lokasi tu kira nombor dua lah.. kan kan..

selamat mengundi!!

Tuesday, October 14, 2008

facebook dan friendster..

salam..

xajkk1 kini dah ada group di Facebook dan Friendster..

kpd sesapa yg dah dapat invitation, silalah join.. kepada yg tak dapat invitation, sila email kpd xajkk1@gmail.com utk ktorg add kan email anda..

semoga ukhuwah ini berterusan dan takkan terputus.. aminn..

Reunion IV: Aspirasi Lembaran Silam

Perhatian orang2 kampung!!

pegang diari 2009 anda sekarang kerana ada program yang perlu diisikan!

ini dia perkhabaran dari UTARA.. jeng jeng jenggg..


Reunion IV: Aspirasi Lembaran Silam

Tarikh: 24 - 25 Januari 2009 (sempena cuti Tahun Baru Cina)
Lokasi: Langkawi, Kedah
Bayaran: Akan ditentukan kemudian
Ringkasan aktiviti: borak2, makan2, SESI PERKONGSIAN RAHSIA & TIPS BISNES (cacing, cupcake, cendol, cendawan, ciput, cipanzi, internet marketer), pertandingan kanak2, dan lain2..
Tema Dinner: Hitam Merah

kami mewakili jawatankuasa tertinggi program reunion kali ni amat2 mengharapkan penglibatan sahabat2 sekalian..

apa yg perlu anda lakukan?
  1. catat tarikh ini dalam diari anda - pastikan FREE pada tarikh tu kerana announce ni dibuat lebih 3 bulan sebelum tarikh program.. yg keje hari sabtu dan ahad blehlah mintak cuti awal2..
  2. sebarkan pada sahabat2 yg lain di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.. *yg kat UK tu tak dapek den nolong eh..
  3. update kami dengan no telefon / email terbaru anda dan sahabat2 yg lain.. dan kami akan update database dalam group ini..
  4. buang rasa segan dalam diri hanya kerana 'takde orang yg dikenali' atau 'takde kawan nk p arr.." -- kali ni reunion kita akan banyak fokuskan tentang perkongsian peluang kerjaya, bisnes, pendidikan dll.. jadi jika anda rasa anda ada peluang yg nak dikongsi dgn rakan2 atau anda masih tercari2 peluang kerjaya, bisnes dll tu.. jomlah hadir.. kita ni kan sekeluarga dan pastinya ramai yang sudi membantu.. time ni lah nak bkenalan dgn orang yg tak dikenali, dan nak kawan dgn orang yg blum lagi jadi kawan... (tak caya tanya abg anuar tamri..)
  5. preparekan anak2 anda juga utk menambah bilangan rakan mereka.. dan pastikan sihat, cergas, cerdas sbb mereka tidak pernah dipinggirkan dalam reunion kita!
lagi berita gembira utk anda.. kami akan menyediakan Kaedah Pembayaran Yuran Reunion Secara Ansuran utk memudahkan dan meringankan beban anda sekiranya kewangan menjadi masalah utama.. maklumlah.. ada yg ahli keluarga semakin ramai.. xpe, xpe.. kami memahami kerana kami juga seperti anda..

insyaAllah blog khusus utk perkembangan XAJKK1 juga akan diwujudkan tak lama lagi utk anda mengikuti perkembangan selanjutnya. .

apa2 pun marilah kita lakukan 5 perkara yg disebutkan di atas tadi mulai sekarang..

lain2 hal akan diumumkan dari masa ke semasa..

sekian.. terima kaseyy..

Saya yang menurut perintah;

Wakil Jawatankuasa Penggerak
Reunion IV: Aspirasi Lembaran Silam

jejak sedekad ukhuwah..

bismillahirrahmanirrahim..

salam semua sahabat xajkk1 tak kira di mana berada, di seluruh pelusuk bumi Allah yang indah ini..

diharapkan kewujudan blog ini akan dapat mewar-warkan segala usaha untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita.. yang memiliki gelaran yang sama iaitu - Bekas Ahli Jawatankuasa Kolej Pertama UTMKL..

blog ini akan memaparkan perkembangan xajkk1 dari masa ke semasa.. reunion, perkahwinan, kelahiran, kematian.. selama ni kita bertapak di yahoo! groups, masih ada yang tak dapat nak join atas masalah teknikal - atau mungkin tak jumpa kot..

semoga dengan kecanggihan Google, xajkk1 yang lain dapat mengetahui perkembangan kita melalui blog ini.. sama dengan Fotopages dan Multiply kita jugak..

insyaAllahh..