salam semua..
kami memerlukan jasa baik sahabat sekalian utk mengesahkan kehadiran ke Reunion IV @ Langkawi pada 24-25 Jan 2009, untuk tujuan penempahan penginapan dan lain2 pengurusan..
sila confirmkan A.S.A.P dengan mengemail kepada xajkk1@yahoogroups.com atau xajkk1@gmail.com atau kalo malu2, boleh SMS ke yas 0164041751 atau ajai 0122013557 sebelum 10 Disember 2008, sertakan berapa jumlah dewasa, kanak2 berumur lebih 3 tahun dan kanak2 berumur bawah 3 tahun..
kalau ada nak bawak tunang / kawan2/ sedara mara adalah dialu2kan.. maximum pax for whole rombongan is 40 termasuk kanak2..
nota khas kpd yg akan bertolak dari Johor, N9, Melaka, KL dan Selangor: ada cadangan utk tempah bas sbg pengangkutan KL - Kuala Perlis - KL.. soalan: setuju atau mau drive sendiri? kalau tempah bas, kita gerak jumaat malam sabtu.. kalau drive, kita konvoi 5am hari sabtu.. sila jawab ya..
dan ada perancangan utk serbu rumah bido on the way balik ke KL.. syhhh jgn bgtau bido tauuu..
nota khas kpd geng ajkk1 UTARA - sila contact yas.. bantuan anda diperlukan..
minta sebarkan maklumat ini kepada sahabat xajkk1 di seluruh Malaysia.. kalau x nak sms pun xpe, berikan pada ajai / yas nombor telefon mereka yg tak dapat baca email ini utk kami hubungi..
ada yg bertanya kenapa pilih tarikh Peak Season (cuti raya cina).. kami memikirkan kemudahan utk semua dari segi perjalanan dan rehat sbb cuti raya cina akan berlangsung selama 4 hari.. dan alhamdulillah kami dah dapatkan pakej harga paling berpatutan walaupun dalam peak season di langkawi iaitu..
RM 195 utk adult dan RM 153 utk child above 3 years (inclusive of ferry ticket, accommodation and transportation in Langkawi + island hopping)..
jadi kami amat perlukan sahabat sekalian utk confirmkan kehadiran supaya dapat kami booking awal dgn harga yg murah ni..
jasa baik dan kerjasama sahabat sekalian amat diperlukan utk merealisasikan reunion kali ini.. harap semuanye berjalan lancar.. kpd yg keje jenis susah nak cuti tu, harap dapat mohon cuti lebih awal ya.. pejabat dan bos hari2 kita jumpa, xajkk1 kita bukan senang nak jumpa..
semoga semuanya berjalan lancar.. dan semoga ukhuwwah ini berkekalan selamanya.. amin..
Baby AL diraikan.
-
Jumaat, 5.45pm.Baby AL diraikan di Parking Lot Sumirubber. Lunch di
Restoran Bawal,Tikam Batu. Tertunai sudah niat dihati rezeki dikongsi
bersama.
10 years ago
No comments:
Post a Comment