Thursday, October 16, 2008

cerita ceriti

hai kawan kawaaannn..

nampaknye sambutan terhadap aktiviti xajkk1 di blog dan facebook dah semakin meriah.. bagus2.. yg dah join tu, sebar2kan la kat kawan yg tak dapat maklumat ni ye.. maklumlah, database kami x cukup complete lagi ni.. itulah kepentingan networking..

utk rakan2 yg belum pernah lagi join reunion xajkk1, kami mengharapkan kerjasama sepenuhnya supaya dapat meramaikan kehadiran kali ni.. tak kira dari batch mana sekali pun.. kita sekeluarga..

pihak organizer kali ni telah memikirkan pelbagai cara utk memudahkan dan meringankan beban anda supaya dpt join reunion.. maklumlah, selepas 3 reunion yg lalu, mereka dapat pelbagai feedback drp kawan2 yg tak dapat hadir.. antara yg paling top list ialah masalah cuti kerja, kewangan, transport..

oleh kerana itulah organizer kali ni (cawangan utara) memberikan kemudahan bayaran yuran secara ansuran, supaya tidak membebankan kawan2 yg nak hadir.. boleh bayar setiap minggu, setiap bulan.. setiap hari pun bolehlah..

xajkk1 cawangan tengah pun sedang menimbang2 utk charter sebuah bas utk perjalanan ke kuala perlis.. diharapkan ia lebih menjimatkan dan kuranglah penat utk memandu sendiri..

mcm reunion III last year pun, cawangan utara datang dgn sebuah kenderaan je.. dan cawangan tengah pun berkongsi2 kereta jugak.. kan mudah.. dan lebih syok sbb dapat bersembang2 sepanjang perjalanan..

kami nak beri penghargaan kepada yuswadi.. kerana bersungguh2 nak join reunion.. utk makluman kpd yg tak tahu, yuswadi skrg dah pun berkeluarga dan dikurniakan 3 orang cahayamata.. alhamdulillah, murah rezki yus.. jadi kami tabik dgn yus kerana walaupun sudah ada keluarga yg besar (dan pastinye lebih byk belanja drp org lain).. tp masih bersungguh2 utk dtg reunion.. syabash mere beteee..!!

kami percaya, niat yg baik tu insyaAllah, Allah akan bantu kita.. niat kita datang ke reunion adalah utk bertemu dgn sahabat2 lama.. mengukuhkan ukhuwah dan silaturrahim sesama kita..

dari itu, kami berdoa agar semua sahabat xajkk1 dipermudahkan urusan dari segi memohon cuti kerja, kewangan dan juga transport.. dan semoga diberikan kesihatan kepada diri, keluarga dan anak2.. aminn..

p.s: pihak organizer sedang bertungkus-lumus mendapatkan rate paling murah dan berpatutan utk reunion kali ni.. kalo ada geng2 yg ada maklumat pun bleh jugak inform pd kami di groups, facebook, friendster ataupun shoutbox di sebelah ni.. atau terus je join perbincangan bertajuk Re Union di facebook kita.. okay..

ciaoo..

No comments: