Wednesday, December 24, 2008

Reunion IV: Special Offer!


Salam all..

dengan gumbira dan sukachita-nya dimaklumkan bahawa yuran untuk menyertai reunion IV telah dikurangkan menjadi.....

Dewasa: RM 165.00
Kanak2 berumur 4 hingga 12 tahun: RM90.00
Kanak2 berumur 0 hingga 3 tahun: Perchumaa..

Bayaran termasuk:
  • Tiket feri K.Perlis - Langkawi - K.Perlis
  • Penginapan 1 malam
  • Pengangkutan di Langkawi
  • Makan malam (doa selamat)
  • Tiket2 masuk ke lokasi2 lawatan (kota mahsuri, cable car etc)

Bayaran boleh dibuat mulai hari ini, sila bank-in atau online transfer ke:





No. Akaun: 06120069812528
Nama: Azzah Binti Abdul Rahman

SILA MAKLUMKAN PEMBAYARAN ANDA BESERTA BUKTI PEMBAYARAN (REFERENCE NO.) DENGAN MENG-SMS KE 012-2013557 ATAU EMAIL azuzafu@yahoo.com


sesapa yg masih belum beri nama dan confirmation sila berbuat demikian dengan segera sebelum 1 Januari 2009 utk memudahkan urusan anda jugak di sana nanti..

sekian buat masa ini.. terima kaseeeyyyy...!!

Friday, December 19, 2008

Reunion IV: Updates


Alhamdulillah hotel dah pun dibooking.. pihak hotel kata wat masa sekarang ni masih ada lagi kekosongan.. so sapa yg nak join masih boleh bagi nama utk kami update jumlah bilik dgn pihak hotel segera..

utk acara di sana.. ini draft tentatifnya..

24 Jan
pagi2 buta -- pergerakan dari lokasi masing2 menuju ke Jeti Kuala Perlis
2.00 pm -- check in di hotel -- aktiviti bebas -- shopping berjemaah
8.00 pm -- dinner (cadangan buat majlis doa selamat n then makan sambil networking)

25 Jan
8.00 am -- sarapan pagi (masing2) -- check out
9.00 am -- langkawi tour: makam mahsuri, taman lagenda, cable car, bird park, underwater world, pantai cenang, Idaman Suri (ngeee..) dan mungkin berakhir di Padang Matsirat utk shopping finale sebelum ke Jeti Kuah..
5.00 pm -- bye2 langkawi -- pergerakan ke SP (dlm perancangan lagi dan bg sapa yg nak ikut aje)

p/s: er.. bawak beg spare siap2 ye.. pesanan khas kpd kaki shopping..

26 Jan
8.30 am -- pergerakan ke 'post' wedding ceremony Bidor (dlm perancangan lagi dan bg sapa yg nak ikut aje)

lepas tu balik la..

utk makluman, fees RM195 adalah utk penginapan, dinner, transportation di laut dan pulau sahaja, plus tiket2 masuk ke lokasi2 lawatan.. kami masih lagi berusaha utk mengurangkannya, dan insyaAllah kanak2 above 3 pun akan direndahkan lagi fee nya..

makanan tidak disediakan kecuali utk dinner sahaja.. jadi terpulang kpd masing2 utk wat pilihan makanan sendiri ikut bajet masing2 hehehe.. yang penting happyyyy..

attendees so far:

1. ajai
2. yas, shahril & syuaib
3. anuar & zurita
4. khalifah & ruzila
5. saiful, lin & adisyazwan
6. rcr, ani, adam & qaisara
7. yuswadi, wani & anak2*
8. fatihah, husni & anak2*
9. yuslizan, zurita & anak*
10. finie arshad
11. ateq, wife n baby
12. ajax, wife & family*
13. zorro*
14. achik*
15. kak awe & hubby*
16. elyn & hubby*
.....


Thursday, December 11, 2008

Reunion IV: Update Attendees

berikut adalah senarai sahabat & keluarga yg telah menyuarakan hasrat hati utk join reunion di langkawi..

1. ajai
2. yas, shahril & syuaib
3. anuar & zurita
4. khalifah & ruzila
5. saiful, lin & adisyazwan
6. rcr, ani, adam & qaisara
7. yuswadi, wani & anak2*
8. fatihah, husni & anak2*
9. yuslizan, zurita & anak*
10. finie arshad
11. ateq, wife n baby
12.
13.
14.
15.
.....

penyertaan masih dibuka.. skrg ajk reunion akan confirmkan booking dgn pihak di langkawi..

mari mari mariiii.. bercuti di langkawiii..

geng2 sebelah terengganu, johor.. di manakah anda..?

Wednesday, December 3, 2008

Reunion IV: Updates

salam semua..

kami memerlukan jasa baik sahabat sekalian utk mengesahkan kehadiran ke Reunion IV @ Langkawi pada 24-25 Jan 2009, untuk tujuan penempahan penginapan dan lain2 pengurusan..

sila confirmkan A.S.A.P dengan mengemail kepada xajkk1@yahoogroups.com atau xajkk1@gmail.com atau kalo malu2, boleh SMS ke yas 0164041751 atau ajai 0122013557 sebelum 10 Disember 2008, sertakan berapa jumlah dewasa, kanak2 berumur lebih 3 tahun dan kanak2 berumur bawah 3 tahun..

kalau ada nak bawak tunang / kawan2/ sedara mara adalah dialu2kan.. maximum pax for whole rombongan is 40 termasuk kanak2..

nota khas kpd yg akan bertolak dari Johor, N9, Melaka, KL dan Selangor: ada cadangan utk tempah bas sbg pengangkutan KL - Kuala Perlis - KL.. soalan: setuju atau mau drive sendiri? kalau tempah bas, kita gerak jumaat malam sabtu.. kalau drive, kita konvoi 5am hari sabtu.. sila jawab ya..

dan ada perancangan utk serbu rumah bido on the way balik ke KL.. syhhh jgn bgtau bido tauuu..

nota khas kpd geng ajkk1 UTARA - sila contact yas.. bantuan anda diperlukan..

minta sebarkan maklumat ini kepada sahabat xajkk1 di seluruh Malaysia.. kalau x nak sms pun xpe, berikan pada ajai / yas nombor telefon mereka yg tak dapat baca email ini utk kami hubungi..


ada yg bertanya kenapa pilih tarikh Peak Season (cuti raya cina).. kami memikirkan kemudahan utk semua dari segi perjalanan dan rehat sbb cuti raya cina akan berlangsung selama 4 hari.. dan alhamdulillah kami dah dapatkan pakej harga paling berpatutan walaupun dalam peak season di langkawi iaitu..

RM 195 utk adult dan RM 153 utk child above 3 years
(inclusive of ferry ticket, accommodation and transportation in Langkawi + island hopping)..

jadi kami amat perlukan sahabat sekalian utk confirmkan kehadiran supaya dapat kami booking awal dgn harga yg murah ni..

jasa baik dan kerjasama sahabat sekalian amat diperlukan utk merealisasikan reunion kali ini.. harap semuanye berjalan lancar.. kpd yg keje jenis susah nak cuti tu, harap dapat mohon cuti lebih awal ya.. pejabat dan bos hari2 kita jumpa, xajkk1 kita bukan senang nak jumpa..

semoga semuanya berjalan lancar.. dan semoga ukhuwwah ini berkekalan selamanya.. amin..

Monday, December 1, 2008

Tahniah Anuar & Ita!

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup


A
lhamdulillah.. selamat sudah pernikahan sahabat kita yg paling ditunggu2 iaitu Anuar Bin Ibrahim dengan Zurita Binti Zulkifli..

memang ada jodoh.. hehehe..

Semoga kekal berbahagia sehingga ke akhir hayat.. semoga dikurniakan dgn zuriat dan soleh dan solehah.. doa kami sentiasa bersama kalian..

Ramai sahabat xajkk1 yg hadir.. macam pesta mini reunion pun ada..
  • Ajai
  • Ogy
  • Yati & Pian
  • Norul
  • Kama & Sabrina
  • Ipah
  • Malek & Adib
  • Napi & Sarip (dan anaknya.. perempuan ya..)
  • Yus & Wani dan anak2
  • Seri
  • Zul Kejam & Isteri dan baby (sapa nama.. lupa laa.. hehe)
  • Kak La & Suami (dan anak2 yg demam.. kesian..)
  • Apul & Lin dan Adisyazwan
  • Budin & G
  • (ada lagi x yg x disebut?)
insyaAllah lepas ni kita bertemu di Reunion IV dan seterusnya kita ambush perkahwinan Bidor pulak.. hehhee..

gambar2 boleh ditengok di s-i-n-i..

Friday, November 21, 2008

jerneh tiling..

salam..

kali ni saya kongsikan kisah kejayaan salah seorang sahabat kita yg pernah menempa populariti yg dahsyat semasa di kolej pertama.. yaaaa tak lain dan tak bukannnn.. Khalifahhhh.. hehehe..

utk sahabat yg belum tau.. khalifah @ ipah kini memiliki 4 buah kedai mosaic yg diberi nama Jerneh Tiling.. saya berkesempatan pegi menjenguk kedai pertamanya di Paka, Terengganu..




hebat2.. syabas diucapkan kpd ipah kerana sudah sampai ke tahap ini..

ada ramai lagi sebenarnya rakan2 xajkk1 yg menceburi bidang bisnes.. mcm2 bidang ada.. makanan, agro, ict, dan banyak lagilah..

kepada sahabat2 yg lain.. apa yg dipaparkan kali ini adalah sebagai pencetus semangat utk kita semua terus berjaya.. jika anda mahu jadi usahawan, jadilah usahawan yg terbaik.. jika anda mahu jadi pekerja, jadilah pekerja yg terbaik..

apa pun bidang kerjaya kita, pastinya membawa kebaikan kepada seluruh umat.. jadi, sebab itu kita perlu jadi yang terbaik dalam apa saja benda baik yang kita lakukan..

renung2kan dan selamat beramal..!!

Wednesday, November 19, 2008

majlis perkahwinan MT AJKK1

hehehe..

bleh tajuk tu? ok la tu kan..

kepada yg masih belum tahu berita gembira ni.. diumumkan bahawa pasangan Teman Tapi Mesra paling top dalam xAJKK1 akan melangsungkan pernikahan mereka pada 29 Nov 2008.. dan majlis-majlis persandingannya adalah seperti berikut:

KAD JEMPUTAN PASANGAN TEMAN TAPI MESRA

dashat.. dashat.. pakai e-Kad kawin je skrg ni.. mesra, cepat dan betul.. eh.. eh.. salah slogan pulak..

jadi, sapa2 yg nak berkonvoi tu dah boleh mulakan pakatan sekarang.. tinggal 2 minggu je lagi ni..

SELAMAT PENGANTIN BARU ANUAR & ZURITA!

Tuesday, November 18, 2008

al-kesah Reunion..

salam..

haa.. senyap sunyi aje blog ni..

tapi tak bermakna Reunion IV kita tak jadi tau.. utk makluman semua, pihak ajk Reunion kali ni sedang menjalankan tugas masing2.. insyaAllah yuran penyertaan akan diumumkan sedikit masa lagi..

pihak ajk Reunion memerlukan kerjasama dari sahabat2 semua.. supaya dapat mengkonpemkan kehadiran anda ke Reunion kali ini..

jadi, sesiapa yang akan hadir sila berikan butir2 berikut di ruangan Comment dalam posting ini..
  • nama anda
  • spouse anda
  • jumlah anak anda
  • jumlah dan usia ahli keluarga lain / tunang / kawan (jika ada)
  • bertolak dari destinasi mana
kerjasama anda amaaaaaaat kami harapkan untuk memudahkan urusan penempahan penginapan dan sewa kenderaan nanti.. okeyyy..

kami akan menempah kenderaan sewa utk semua yg menyertai reunion KECUALI jika anda mahu sewa sendiri, sila buat tempahan sendiri ya..

adiozz!!

Saturday, October 25, 2008

poll closed

salam semua..

haa nampaknye poll utk lokasi reunion dah pun ditutup.. dengan 11 undi dan majoriti memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi reunion kita kali ini..

jadi.. kini kita tunggu aje kabar berita dari utara tentang perkembangan reunion yg selanjutnya.. harap2 takdelah masalah yg timbul dan ramai yg boleh hadir kali ni..

dengar cerita, inspektor apai keluar dalam citer akademi polis.. betul ke? hehe..

p.s: sesiapa yg masih belum join xajkk1 yahoo! groups dan facebook silalah berbuat demikian segera utk mendapatkan update terkini ttg geng xajkk1.. sila email pada xajkk1@gmail.com atau tinggalkan mesej pada shoutbox di blog ini okey..

Thursday, October 16, 2008

cerita ceriti

hai kawan kawaaannn..

nampaknye sambutan terhadap aktiviti xajkk1 di blog dan facebook dah semakin meriah.. bagus2.. yg dah join tu, sebar2kan la kat kawan yg tak dapat maklumat ni ye.. maklumlah, database kami x cukup complete lagi ni.. itulah kepentingan networking..

utk rakan2 yg belum pernah lagi join reunion xajkk1, kami mengharapkan kerjasama sepenuhnya supaya dapat meramaikan kehadiran kali ni.. tak kira dari batch mana sekali pun.. kita sekeluarga..

pihak organizer kali ni telah memikirkan pelbagai cara utk memudahkan dan meringankan beban anda supaya dpt join reunion.. maklumlah, selepas 3 reunion yg lalu, mereka dapat pelbagai feedback drp kawan2 yg tak dapat hadir.. antara yg paling top list ialah masalah cuti kerja, kewangan, transport..

oleh kerana itulah organizer kali ni (cawangan utara) memberikan kemudahan bayaran yuran secara ansuran, supaya tidak membebankan kawan2 yg nak hadir.. boleh bayar setiap minggu, setiap bulan.. setiap hari pun bolehlah..

xajkk1 cawangan tengah pun sedang menimbang2 utk charter sebuah bas utk perjalanan ke kuala perlis.. diharapkan ia lebih menjimatkan dan kuranglah penat utk memandu sendiri..

mcm reunion III last year pun, cawangan utara datang dgn sebuah kenderaan je.. dan cawangan tengah pun berkongsi2 kereta jugak.. kan mudah.. dan lebih syok sbb dapat bersembang2 sepanjang perjalanan..

kami nak beri penghargaan kepada yuswadi.. kerana bersungguh2 nak join reunion.. utk makluman kpd yg tak tahu, yuswadi skrg dah pun berkeluarga dan dikurniakan 3 orang cahayamata.. alhamdulillah, murah rezki yus.. jadi kami tabik dgn yus kerana walaupun sudah ada keluarga yg besar (dan pastinye lebih byk belanja drp org lain).. tp masih bersungguh2 utk dtg reunion.. syabash mere beteee..!!

kami percaya, niat yg baik tu insyaAllah, Allah akan bantu kita.. niat kita datang ke reunion adalah utk bertemu dgn sahabat2 lama.. mengukuhkan ukhuwah dan silaturrahim sesama kita..

dari itu, kami berdoa agar semua sahabat xajkk1 dipermudahkan urusan dari segi memohon cuti kerja, kewangan dan juga transport.. dan semoga diberikan kesihatan kepada diri, keluarga dan anak2.. aminn..

p.s: pihak organizer sedang bertungkus-lumus mendapatkan rate paling murah dan berpatutan utk reunion kali ni.. kalo ada geng2 yg ada maklumat pun bleh jugak inform pd kami di groups, facebook, friendster ataupun shoutbox di sebelah ni.. atau terus je join perbincangan bertajuk Re Union di facebook kita.. okay..

ciaoo..

Wednesday, October 15, 2008

vote.. vote..

hari ni, vote dibuka kpd smua geng xajkk1 utk menentukan lokasi reunion kita kali ni..

walaupun semalam dah diumumkan lokasinya di langkawi, tapi atas sebab2 menghormati cadangan salah sorg antara kita yang menawarkan lokasi di pulau perhentian, maka vote ini diwujudkan..

kepada yg dah mengundi, terima kasih.. yg belum tu silalah buat undian di sebelah ni.. oopss.. sorang boleh undi sekali sahaja ok.. hehe..

apa pun yg penting tujuan kita adalah utk bertemu dan mengukuhkan persahabatan ni.. lokasi tu kira nombor dua lah.. kan kan..

selamat mengundi!!

Tuesday, October 14, 2008

facebook dan friendster..

salam..

xajkk1 kini dah ada group di Facebook dan Friendster..

kpd sesapa yg dah dapat invitation, silalah join.. kepada yg tak dapat invitation, sila email kpd xajkk1@gmail.com utk ktorg add kan email anda..

semoga ukhuwah ini berterusan dan takkan terputus.. aminn..

Reunion IV: Aspirasi Lembaran Silam

Perhatian orang2 kampung!!

pegang diari 2009 anda sekarang kerana ada program yang perlu diisikan!

ini dia perkhabaran dari UTARA.. jeng jeng jenggg..


Reunion IV: Aspirasi Lembaran Silam

Tarikh: 24 - 25 Januari 2009 (sempena cuti Tahun Baru Cina)
Lokasi: Langkawi, Kedah
Bayaran: Akan ditentukan kemudian
Ringkasan aktiviti: borak2, makan2, SESI PERKONGSIAN RAHSIA & TIPS BISNES (cacing, cupcake, cendol, cendawan, ciput, cipanzi, internet marketer), pertandingan kanak2, dan lain2..
Tema Dinner: Hitam Merah

kami mewakili jawatankuasa tertinggi program reunion kali ni amat2 mengharapkan penglibatan sahabat2 sekalian..

apa yg perlu anda lakukan?
  1. catat tarikh ini dalam diari anda - pastikan FREE pada tarikh tu kerana announce ni dibuat lebih 3 bulan sebelum tarikh program.. yg keje hari sabtu dan ahad blehlah mintak cuti awal2..
  2. sebarkan pada sahabat2 yg lain di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.. *yg kat UK tu tak dapek den nolong eh..
  3. update kami dengan no telefon / email terbaru anda dan sahabat2 yg lain.. dan kami akan update database dalam group ini..
  4. buang rasa segan dalam diri hanya kerana 'takde orang yg dikenali' atau 'takde kawan nk p arr.." -- kali ni reunion kita akan banyak fokuskan tentang perkongsian peluang kerjaya, bisnes, pendidikan dll.. jadi jika anda rasa anda ada peluang yg nak dikongsi dgn rakan2 atau anda masih tercari2 peluang kerjaya, bisnes dll tu.. jomlah hadir.. kita ni kan sekeluarga dan pastinya ramai yang sudi membantu.. time ni lah nak bkenalan dgn orang yg tak dikenali, dan nak kawan dgn orang yg blum lagi jadi kawan... (tak caya tanya abg anuar tamri..)
  5. preparekan anak2 anda juga utk menambah bilangan rakan mereka.. dan pastikan sihat, cergas, cerdas sbb mereka tidak pernah dipinggirkan dalam reunion kita!
lagi berita gembira utk anda.. kami akan menyediakan Kaedah Pembayaran Yuran Reunion Secara Ansuran utk memudahkan dan meringankan beban anda sekiranya kewangan menjadi masalah utama.. maklumlah.. ada yg ahli keluarga semakin ramai.. xpe, xpe.. kami memahami kerana kami juga seperti anda..

insyaAllah blog khusus utk perkembangan XAJKK1 juga akan diwujudkan tak lama lagi utk anda mengikuti perkembangan selanjutnya. .

apa2 pun marilah kita lakukan 5 perkara yg disebutkan di atas tadi mulai sekarang..

lain2 hal akan diumumkan dari masa ke semasa..

sekian.. terima kaseyy..

Saya yang menurut perintah;

Wakil Jawatankuasa Penggerak
Reunion IV: Aspirasi Lembaran Silam

jejak sedekad ukhuwah..

bismillahirrahmanirrahim..

salam semua sahabat xajkk1 tak kira di mana berada, di seluruh pelusuk bumi Allah yang indah ini..

diharapkan kewujudan blog ini akan dapat mewar-warkan segala usaha untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita.. yang memiliki gelaran yang sama iaitu - Bekas Ahli Jawatankuasa Kolej Pertama UTMKL..

blog ini akan memaparkan perkembangan xajkk1 dari masa ke semasa.. reunion, perkahwinan, kelahiran, kematian.. selama ni kita bertapak di yahoo! groups, masih ada yang tak dapat nak join atas masalah teknikal - atau mungkin tak jumpa kot..

semoga dengan kecanggihan Google, xajkk1 yang lain dapat mengetahui perkembangan kita melalui blog ini.. sama dengan Fotopages dan Multiply kita jugak..

insyaAllahh..